05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUZAKARAH PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BIL.2/2016

gambar-berita-ke-website-01

22 Ogos 2016 (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ ( PPNCR ) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.2/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan Aras 2, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Muzakarah ini bertujuan untuk mengingatkan kepada PPNCR agar lebih teliti dan tidak bersikap sambil lewa dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan urusan pernikahan. Dalam muzakarah ini telah dibentangkan rekod tidak patuh prosedur PPNCR dan melibatkan  seramai 21 orang PPNCR. Majlis tersebut dihadiri oleh Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhamad Zakuwa Bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, Ustazah Nazihan Binti Idris, Ketua Cawangan NCR dan pendaftar-pendaftar dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Ketua Pendaftar telah menekankan soal tanggungjawab utama PPNCR adalah untuk membantu JAWI dalam apa jua urusan berkaitan NCR di Wilayah-WIlayah Persekutuan dan juga sebagai duta JAWI. PPNCR perlu melaksanakan segala  tugas dan tanggungjawab  berdasarkan apa yang telah diputuskan oleh Jabatan dan PPNCR tidak boleh membuat keputusan sendiri terhadap apa jua permasalahan dan isu yang diragui tanpa merujuk kepada pihak Jabatan.

 

gambar-berita-ke-website-02 gambar-berita-ke-website-03
gambar-berita-ke-website-04 gambar-berita-ke-website-05

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL


Cetak   Emel