05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ramah Mesra Peringkat Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa

RamahM 20160813 202714

13 Ogos 2016 (Sabtu) – Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa dengan kerjasama Pusat Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama jemaah masjid dan penduduk Setiawangsa. Pada Sabtu 13 Ogos 2016.

Kehadiran lebih dua ribu orang penduduk dan para tetamu mengunjungi 12 gerai  dengan 20 menu sajian telah membanjiri medan letak kereta masjid sebelum solat  fardu Maghrib. Bacaan doa selamat dan tahlil diadakan selepas solat Maghrib memohon kesejahteraan, keselamatan Negara Malaysia dan seluruh para jemaah di Setiawangsa.

Aturcara diteruskan selepas Solat Fardhu Isyak dengan ucapan ringkas ahli Parlimen Setiawangsa, YB. Dato Ahmad Fauzi Bin Zahari seterusnya bersama isterinya, Datin Natila Ahmad, slot ‘santuni aulad (kanak-kanak)’, menyampaikan duit raya kepada  seramai 300 orang kanak-kanak yang hadir.

Gimik di majlis ramah mesra dikendalikan ‘skuad sahabat masjid’ juga mendapat sambutan meriah, antaranya slot spontan iaitu memanggil pemegang nombor kad pengenalan yang lahir pada 13 Ogos, 31 Ogos dan tarikh-tarikh misteri spontan bagi menerima lima belas hamper yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP.

Pentadbiran masjid juga mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penaja (penyumbang), Petronas Setiawangsa, Caltex Setiawangsa, Pasaraya GIANT Setiawangsa dan Restoran Ali Maju Setiawangsa diatas sumbangan hamper yang disumbangkan.

Penghargaan juga kepada Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Balai Polis Setiawangsa, Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa, Pengerusi Surau-surau Setiawangsa, Persatuan-persatuan Penduduk Setiawangsa dan Biro-Biro Pentadbiran Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.

Program berakhir pada 11.00 malam dengan persembahan 3 buah Qasidah Arab dan berselawat beramai-ramai yang dibimbing oleh kumpulan Ahbabul RasulAllah, kumpulan Nasyid Sahabat Masjid Muadz Bin Jabal.

RamahM 20160813 213237 RamahM IMG-20160813-WA0018
RamahM IMG-20160814-WA0005 RamahM IMG-20160814-WA0009

Foto dan teks oleh:

Pentadbiran Pusat Zon 4

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel