05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Sertai Warga Kota Berdoa Untuk Malaysia

 
doa4malaysia

15 Ogos 2016 | 12 Zulkaedah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah terlibat secara langsung dalam penganjuran program “Doa Untuk Malaysia 2016” sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2016 selaku Urus Setia Jawatankuasa Persiapan Untuk Solat Maghrib, Sunat Hajat dan Isya’ Berjemaah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program yang dijalankan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) bermula dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YBhg. Ustaz Saberi bin Ismail daripada Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan berakhir pada jam 11 malam. Antara tugasan yang dilaksanakan oleh petugas JAWI ialah penyediaan tempat solat bagi VIP dan tetamu awam selain menjadi pemudahcara bagi semua tetamu awam bagi memastikan kelancaran program.

 

            Antara aturcara yang dijalankan selain solat Maghrib, sunat hajat dan Isya’ berjemaah ialah persembahan nasyid daripada kumpulan In-Team dan Al-Maulid diikuti aturcara utama iaitu persembahan Qasidah daripada kumpulan diketuai Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf dan diselitkan dengan sesi tazkirah oleh Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid. Program turut diserikan dengan kehadiran tetamu VVIP/VIP termasuk YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak diiringi YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B).

doa4malaysia6 doa4malaysia8

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 



 


Cetak   Emel