05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ihtifal SRA Dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2016M/1437H Anjuran JAWI

Ihtifal16 IMG 4723

13 Ogos 2016 (Sabtu) – Seramai 223 peserta yang terdiri daripada pelajar SRA dan KAFA seluruh Wilayah Persekutuan mengikuti Majlis Ihtifal SRA Dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2016M/1437H bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Jumlah penyertaan tersebut  termasuk enam (6) orang daripada Wilayah Persekutuan  Labuan  terlibat  dalam  semua  acara  yang   dipertandingkan  iaitu    enam (6) acara individu  dan satu (1) acara berkumpulan. Acara individu terdiri daripada tilawah al-Quran (L/P), hafazan (L/P), bercerita Bahasa Melayu (L/P), bercerita Bahasa Arab (L/P),  penulisan  khat (terbuka) dan penulisan jawi (terbuka). Manakala acara berkumpulan iaitu nasyid (L/P).

Majlistersebut, merupakan program tahunan yang dilaksanakan di semua SRA dan KAFA seluruh Wilayah Persekutuan. Program ini secara umumnya bertujuan meningkatkan kemahiran dan minat murid-murid SRA dan KAFA kepada aktiviti luar bilik darjah.

Mereka ini dipilih selepas melalui proses saringan ihtifal diperingkat sekolah dan zon yang telah diadakan pada bulan april yanglepas. Acara bercerita bahasa arab merupakan acara baharu mulai tahun ini selepas diperkenalkan oleh pihak Jakim dalam Ihtifal KAFA Kebangsaan pada tahun lepas.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), Puan Hajah Zaiton Binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI.

Ihtifal16 IMG 4096 Ihtifal16 IMG 4150
Ihtifal16 IMG 4213 Ihtifal16 IMG 4198
Ihtifal16 IMG 4231 Ihtifal16 IMG 4257
Ihtifal16 IMG 4283 Ihtifal16 IMG 4520
Ihtifal16 IMG 4555 Ihtifal16 IMG 4599
Ihtifal16 IMG 4567 Ihtifal16 IMG 4762

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel