05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS ASAS PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

prog-fasilatator-05

 

3 – 4 Ogos  2016M / 29 Syawal & 1 Zulkaedah 1437H (Rabu dan Khamis)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Asas Penceramah Praperkahwinan Islam Peringkat Wilayah Persekutan. Kursus ini dihadiri seramai 23 orang peserta.

Kursus yang julung kali dianjurkan oleh Jakim ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para penceramah yang akan diberi pentauliahan selepas berakhirnya kursus Asas Pencermah ini untuk berhadapan dalam memberi ilmu kepada peserta kursus praperkahwinan Islam modul MBPKI.

Kursus ini diadakan selama 2 hari berturut-turut. Kursus bermula dengan sesi pendaftaran dan taklimat kepada para peserta. Selepas itu diteruskan dengan tayangan Dokudrama yang bertajuk “Lestari Kasih” .

Slot kursus dimulakan dengan tajuk Akidah, Ibadah dan Akhlak yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad. seterusnya sebelah petang ceramah disampaikan oleh Ustaz Zakaria bin Abd Razak dengan slot Perkahwinan dan Prosedur dan juga tajuk Komunikasi Suami dan Isteri.

Pada hari kedua slot disambung dengan tajuk Hubungan Dalam Keluarga dan Pengurusan Kewangan dan Masa yang disampaikan oleh Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad. Seterusnya diikuti dengan tajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga yang disampaikan oleh Dr. Sapiah binti Baharin. Pada sebelah petang pula ceramah diteruskan dengan tajuk Pengurusan Tekanan dan Stress dan Rundingcara di JAIN yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid. Slot diakhiri dengan tajuk Pembubaran Perkahwinan yang disampaikan oleh Ustaz Abd. Khawi bin Che Abdul Rahman.

Kursus ditamatkan dengan majlis penutup dan penyerahan sijil sebagai tanda pentauliahan sebagai pencermah yang disampaikan oleh Ustaz Hj.Abdul Roni bin Tahir kepada wakil iaitu Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK sebagai salah seorang peserta kursus.

Semoga kursus yang telah diberikan ini dapat diaplikasikan oleh semua bakal penceramah dalam mendidik dan memberi maklumat kepada bakal pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.

  prog-fasilatator-01 prog-fasilatator-02
  prog-fasilatator-04 prog-fasilatator-03
   
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL

Cetak   Emel