05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 5/2016

kelas-bacaan-akta-1ogos-05

 

1 Ogos 2016 / 27 Syawal 1437H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 5/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Jawi,

               Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 5/2016 ini telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. Kelas pada siri ini memfokuskan kepada pemahaman dan pelaksanaan proses permohonan, pengesahan dan perkahwinan (4P). YAA Dato’ Dr telah memaklumkan bahawa satu SOP telah diwujudkan di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu, YAA Dato’ Dr berkongsi ilmu dengan peserta kelas pada siri ini tentang proses permohonan, pengesahan dan pendaftaran perkahwinan (4P) dan resolusi 4P yang telah dibangunkan di peringkat negeri Selangor dan juga boleh di buat juga di peringkat Wilayah Persekutuan kelak.

                YAA Dato’ Dr juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

            Kelas ini memberi banyak ilmu dan manfaat dari sudut pelaksanaan 4P yang akan dibuat tidak lama lagi di Wilayah Persekutuan seterusnya memberi pencerahan tentang proses 4P ini kepada pegawai-pegawai di JAWI, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ serta kakitangan BPPK.

  kelas-bacaan-akta-1ogos-03 kelas-bacaan-akta-1ogos-02-edit
  kelas-bacaan-akta-1ogos-04 kelas-bacaan-akta-1ogos-01
   
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL

Cetak   Emel