05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 4/2016

kelas-bacaan-akta-05

 

27 Julai 2016 / 22 Syawal 1437H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 4/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai,Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian JAWI.

             Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 4/2016 telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. YAA Dato’ Dr telah menerangkan dan mengupas tentang seksyen 29, 30 dan 31 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). YAA Dato’ Dr telah menerangkan tentang prosedur rekod perkahwinan di dalam daftar perkahwinan dan buku sepertimana yang telah ditetapkan oleh Akta 303 atau kaedah-kaedah. Semua salinan pendaftaran perkahwinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar di dalam Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.

           YAA Dato’ Dr juga menerangkan tentang seksyen 31 yang menjadi satu isu polemik di antara bidang kuasa  JAIN dan Mahkamah  iaitu proses permohonan, pendaftaran, pengesahan perkahwinan (4P). YAA Dato’ Dr juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

             Kelas ini memberi banyak ilmu dan manfaat dari sudut undang-undang keluarga islam kepada pegawai-pegawai di JAWI, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ serta kakitangan BPPK kerana banyak kemusykilan dari sudut perundangan yang berlaku sewaktu menjalankan tugas dapat diselesaikan.

  kelas-bacaan-akta-02 kelas-bacaan-akta-03
  kelas-bacaan-akta-01 kelas-bacaan-akta-04
   
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL

Cetak   Emel