05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

CERAMAH PERDANA BERSAMA DATO’ USTAZ MOHD KAZIM ELIAS

 

 

DUKE bersama tetamu jemputan

 

10 Ogos 2016 I 7 Zulkaedah 1437 (Rabu) - Masjid Abi Ayyub Al-Ansari, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majllis Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia telah mengadakan Program Ceramah Perdana bersama Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dengan tajuk yang amat menarik dan relevan iaitu "Mencari Redha Allah Dalam Hubungan Suami Isteri".

Ceramah bermula selepas Solat Isyak bertempat di Padang Awam Taman Batu Muda. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani, Ahli Dewan Negara Malaysia, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tuan Haji Mohd Taib bin Haji Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Mej. (B) Haji Rohim bin Haji Hamid, Pengerusi Masjid Abi Ayyub Al-Ansari dan seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias. Seramai kira-kira 2,000 orang penonton memenuhi tempat duduk di khemah yang disediakan. Gerai-gerai jualan yang diadakan di sekitar padang turut memeriahkan lagi suasana program malam itu. Program berakhir pada pukul 11.15 malam.

 

 

Tetamu kehormat bersama DUKE TPO bersama Tetamu Kehormat
DUKE dan Penonton Penonton
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel