05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pemantapan Syaksiah Agensi Penguatkuasa 2016

01

9 Ogos 2016 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah berjaya mengadakan Kursus Pemantapan Syaksiah Agensi Penguatkuasa 2016 pada 9 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Bunga Raya, Balai Polis, Wilayah Persekutuan Labuan. Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.  Seminar tersebut telah dihadiri seramai 50 orang pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan (sektor penguatkuasaan)  di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Ceramah pertama yang bertajuk “Tatakelakuan Dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh En. Sabdin Bin Japarudin, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pendidikan, Wilayah Persekutuan, Labuan. Manakala ceramah kedua yang bertajuk “Bekerja Itu Ibadah” telah disampaikan oleh Ustaz Rizuan bin Mat Zin, Pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan (KML).

02 07
 04  03
 06  05

Teks dan Foto Disediakan Oleh :

Cawangan Penguatkuasaan, JAWI Labuan

 

 


Cetak   Emel