05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kepimpinan Remaja Di Al-Hidayah (MAHSPKL)

Youthpie1

6 Ogos 2016 (Sabtu) – Masjid Al-Hidayah,  Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur (MAHSP) bersama penganjur utama iaitu Leaderonomic Youth menganjur program Kepimpinan untuk remaja. Peserta program berjumlah hampir 90 orang terdiri daripada anak-anak yatim dari Rumah Ilham, Yayasan Anak-anak Yatim, TTDI dan anak-anak kariah Kg. Sg. Penchala berumur 11 – 17 Tahun.

Program ini adalah antara aktiviti khidmat masyarakat yang diterapkan kepada peserta disamping melatih mereka membina kemahiran memimpin. Selain itu, ia bertujuan mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain dan memberi teladan dan motivasi serta semangat kepada peserta.

Program yang mendapat sokongan dan tajaan dari syarikat F&N ini berjalan dengan lancar bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam dengan sesi terakhir iaitu Ceramah Motivasi bertajuk “Remaja dan Kepimpinan bermula dari sekarang” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zamani Al-Besuty.

Alhamdulillah program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama semua pihak, terutamanya Ahli Jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh En. Azhelan Bin Johari Ketua Biro Kebajikan dan Rakan Muda, malah dibantu pula oleh Team HELWA Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala. Program ini juga mendapat sokongan penuh oleh Pengerusi Yayasan Anak-anak Yatim, Datuk Hj. Hasanuddin bin Ali yang turut hadir pada sesi terakhir program tersebut.

Youthpie2 Youthpie3
Youthpie4 Youthpie5
Youthpie6 Youthpie7
Youthpie8 Youthpie9
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel