05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengimarahan Masjid Tanggungjawab Bersama

PMTB1

1 Ogos 2016 (Isnin)– Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menganjurkan satu program khas Forum Perdana bertajuk”  Pengimarahan Masjid Tanggungjawab Bersama”. Forum ini menggandingkan tiga orang Naqib atau Ketua Imam dari masjid-masjid Zon 6 sebagai moderator dan panel iaitu Ustaz Mohd Shahril b. Abdul Samat ( Ketua Imam Masjid Jamek Al-Khadijiah) selaku Moderator, Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar ( Mantan Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar) selaku Panel 1 dan Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah ( Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar) selaku Panel 2.

Program ini berlangsung selama 1 jam bermula jam 8.00 malam  dan telah menarik kehadiran seramai 300 orang  terdiri daripada VVIP serta orang awam. Malam itu juga telah berlangsung Majlis Serah Tugas secara rasmi  oleh YBhg. mantan Ketua Imam Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar kepada YBhg Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah selaku Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar disaksikan oleh seluruh barisan AJK Kariah dan para jemaah yang hadir.

PMTB2 PMTB3
PMTB4 PMTB1
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel