05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Rasa Sayang Aidilfitri Bersama Saudara Baru di Darul Hidayah

 
rayahidayah6

4 Ogos 2016 | 1 Zulkaedah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Rasa Sayang Aidilfitri bersama Saudara Baru bertempat di Darul Hidayah, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2016. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah turut hadir ke majlis jamuan raya yang diadakan khusus bagi meraikan saudara-saudara baru di Darul Hidayah. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Hj. Ibrahim bin Thamby Chik, Ahli MAIWP, YBhg. Ustaz Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan YBhg. Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah berserta jemputan-jemputan lain dari Bahagian-Bahagian di JAWI.

 

Pertandingan Gerai Juadah Terbaik yang disertai oleh para pelajar Darul Hidayah turut dianjurkan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Antara menu yang dihidangkan pada Majlis Rasa Sayang Aidilfitri bersama Saudara Baru ini ialah nasi briyani, lodeh dan kuih-muih. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi berlangsung dengan meriah dan berakhir pada jam 2.00 petang. 

 

rayahidayah rayahidayah2
rayahidayah10.jpg rayahidayah13
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel