05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mahabbah Aidilfitri 1437 Masjid At-Taqwa TTDI

RTTDI1

30 Julai 2016 / 25 Syawal 1437  - Masjid At-Taqwa telah mengadakan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1437H di perkarangan masjid.Majlis dimulai dengan  Solat Maghrib berjemaah.Majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh YBhg Ustaz Malik Bin Ahmad Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara Kuala Lumpur,diikuti oleh bacaan terejmahan Al-Quran oleh adik-adik dari Tadika Islam TTDI,kemudian diikuti bacaan doa oleh Ketua Imam Masjid At-Taqwa YBhg Ustaz Ahmad Saufi bin Mustaffa.Majlis Mahabbah Aidilfitri dirasmikan oleh pengerusi Masjid At-Taqwa YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asaari bin Mohamed Nor.

Majlis Mahabbah Aidilfitri ini bertujuan  mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah dan Jemaah TTDI serta kawasan sekitarnya.Program ini dianjurkan setiap tahun oleh pihak masjid sempena dengan kemeriahan bulan Syawal.Pelbagai aneka juadah disediakan oleh pihak masjid,antaranya kambing golek (13 ekor),sate(5000 cucuk),lemang,mee kari,murtabak dan pelbagai jenis juadah lagi.Lebih kurang 1500 orang pengunjung hadir untuk sama-sama memerihkan majlis ini.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan  dari murid –murid  sekolah sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail.Acara kemuncaknya ialah  sumbangan duit raya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.Majlis berakhir pada jam 10.45 malam. 

RTTDI2 RTTDI3
RTTDI4 RTTDI5
RTTDI6 RTTDI7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid At-Taqwa, TTDI
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel