05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Guru Pembimbing Saudara Baru Mantapkan Teknik Mengajar

 
totcksb4

4 Ogos 2016 | 1 Zulkaedah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus TOT Pembimbing Modul Pengajian Saudara Baru Siri 1/2016 bertempat di Hotel Impian, Morib, Selangor Darul Ehsan. Kursus yang melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada guru pembimbing di Darul Hidayah, MAIWP telah berlangsung selama 3 hari bermula 29 Julai 2016 sehingga 31 Julai 2016. Seramai 8 orang urus setia daripada Bahagian Pengurusan Dakwah diketuai oleh YBhg. Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah telah terlibat bagi memastikan kelancaran perjalanan kursus pada tahun ini.

 

            Antara slot yang dimuatkan di dalam kursus pada kali ini ialah kelas-kelas pengukuhan subjek Akidah, Akhlak, Fardhu Ain dan juga kelas pengukuhan Tajwid serta Hafazan al-Quran. Antara tenaga pengajar yang dijemput khas bagi mengendalikan kursus pada kali ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamar daripada Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), YBhg. Prof. Madya Dr. Asmawati binti Suhid, Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, APIUM. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap penganjuran kursus ini akan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada semua tenaga pengajar muallaf di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenai kaedah dan teknik mengajar yang betul dan sesuai digunakan untuk saudara baru.

 

 

totcksb12 totcksb6
totcksb6 totcksb2
 totcksb8  totcksb9


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel