05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kekeluargaan Pengurusan Kewangan Keluarga dan Stress@JAWI Labuan

04

4 Ogos 2016 (Khamis) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan Seminar Pengurusan Kewangan Keluarga Dan Stress bertempat di dewan Syura Masjid Jamek An Nur WP Labuan.

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam,NGO’s dan Pendaftar/Penolong Pendaftar Perkahwinan menghadiri seminar ini.

Pengisian kursus ini diantaranya pendedahan mengenai pengurusan keluarga,nafkah dan stress. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan pemasalahan rumahtangga yang sewajarnya difahami sebaiknya.  Dalam pandangan Islam, pernikahan merupakan ikatan yang amat suci. Kursus ini serba sedikit telah memberi pendedahan dan cara yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan rumahtangga dan stress.

Seminar sehari ini  telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Y.Bhg Al Fadhil Ustaz Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan . Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ketua-ketua Bahagian JAWI Labuan. Antara objektif perlaksanaan seminar ini adalah :

  1. memberi kefahaman mengenai pengurusan kewangan dan stress dalam Islam ;
  2. memberi pendedahan serta pengetahuan bagi memahami dengan lebih jelas bagaimana menguruskan kewangan rumahtangga yang dianjurkan dalam Islam ;
  3. memahami hak dan tanggungjawab sebagai suami dalam menguruskan nafkah wajib
  4. menambahkan ilmu serta berkongsi pengalaman berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negeri / negara kita. 
02 03
 05  07
 06  01

Teks dan Foto Disediakan Oleh :

Cawangan Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Orang-Orang Islam, JAWI Labuan

 

 


Cetak   Emel