05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sungai Penchala Menjalin Mahabbah Aidilfitri

SPMMA1

31 Julai 2016 / 26 Syawal 1437 (Ahad) – Masjid Al-Hidayah,  Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur (MAHSP) dengan kerjasama Komuniti Kg. Sungai Penchala yang melibatkan Persatuan Penduduk Sungai Penchala, Rukan Tetangga Kawasan Sungai Penchala, DBKL Cawangan Segambut, Amanah Hawi Al-Khairat (HAK) dan beberapa syarikat serta individu korporat sekitar Damansara telah menganjurkan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1437H / 2016M.

Majlis jamuan perdana ini bermula jam 9.00 pagi dengan Solat Dhuha dan Dhuha Talk disampaikan oleh Y.Bhg. Ust. Muhadir Hj. Joll. Setelah itu, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ketua Imam MAHSP iaitu Ust. Mohd Shafie Hidayat Mohamad Fuad dan disusuli dengan ucapan alu-aluan Pengerusi MAHSP iaitu Dato’ Wira Hj. Thobrani Hj. Hanafi. Majlis turut diceriakan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan GISB serta penyerahan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir meraikan majlis adalah Pengerusi Majlis At-Taqwa TTDI, Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa dan pegawai dari Masjid At-Taqwa, Masjid Al-ghufran, Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan penduduk sekitar Kg. Sungai Penchala yang dianggarkan melebihi 1500 orang. Majlis ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga MAHSP dan semua tetamu yang hadir.

SPMMA2 SPMMA3
SPMMA4 SPMMA5
SPMMA6 SPMMA7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Hidayah,  Kg Sg Penchala
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel