05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SIRI PEMANTAUAN PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN SEKITAR KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

pemantauan-pusat-kursus-02

 31 Julai 2016M / 26 Syawal 1437H (Ahad)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

          Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan Syarikat Penganjuran Kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul MBKPI dipatuhi. Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat pengajuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

   Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Us. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah (KPP, BPPK). Turut hadir Ustaz Zakaria bin Mohamed, Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, En. Kamarulzaman, En. Mohd Rushdi dan En. Che Azman yang terlibat dalam pemantauan ini.

            Delegasi daripada BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 8.15 pagi ke Syarikat MFD Jannah yang beroperasi di Putrajaya. Tiba di Putrajaya sekitar jam 9.00 pagi. Pada hari tersebut, terdapat seramai 60 orang peserta yang hadir berkursus. Pemantauan seterus di Pusat Bimbingan Al-Hikmah, Masjid An-Najihin. Tiba di lokasi pada jam 11.00 pagi. Peserta seramai 18 orang yang hadir berkursus . Pemantauan berakhir di Pusat Bimbingan An-Nisaa, Plaza Dwi Tasik. Pulang ke JAWI pada jam 1.00 petang.

  Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus perkahwinan memberi banyak manfaat kepada kesemua pihak dan syarikat-syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus.

  pemantauan-pusat-kursus-04 pemantauan-pusat-kursus-01
  pemantauan-pusat-kursus-03 pemantauan-pusat-kursus-05
   
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL

Cetak   Emel