05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Turun Padang ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2016

 
pahlawan3

 

3 Ogos 2016 | 29 Syawal 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah turut sama memberi sumbangan dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan tahun 2016 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya pada 28 Julai 2016 (Khamis). Tugasan selaku Jawatankuasa Jemputan Khas yang diamanahkan telah berjaya digalas dengan baik bermula dengan sambutan rombongan tersebut di perkarangan pintu masuk Masjid Putra disusuli dengan sesi pengagihan makanan dan seterusnya membawa rombongan ke dewan solat utama bagi menjayakan majlis ini.

 

            Sebanyak 14 buah bas telah digunakan bagi membawa rombongan seramai 565 orang yang terdiri daripada 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Madrasah Tahfiz Al-Quran Syazwan, Akademi Darul Uloom Islamiah, Pondok Moden Al-‘Abaqirah, Institut Professional Baitulmal (IPB) serta Persatuan Penduduk PPR Bukit Jalil dan Puchong. Majlis pada kali ini telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dan ketua-ketua jabatan dalam Wilayah Persekutuan. YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara telah memimpin bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan tahun 2016 sejurus selepas solat Maghrib berjemaah. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.

 

pahlawan4 pahlawan1
pahlawan2 pahlawan5
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel