05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Solat Jumaat Pertama Di Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria

SJPH1

29 Julai 2016M/ 24 Syawal 1437H (Jumaat)– Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakar  sejarah apabila mula melaksanakan solat Jumaat pertama pada 29 Julai 2016M bersamaan 24 Syawal 1437H yang lalu.

Beroperasi sebagai surau Jumaat dengan kelulusan daripada JAWI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, surau yang terletak di Blok C, C-00-01, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam , Kuala Lumpur ini sudah tentu mengembirakan ahli kariah berdekatan terutamanya kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan perumahan awam  tersebut. Ianya memberi kemudahan kepada mereka bagi menunaikan solat Jumaat.


Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI telah hadir untuk menyampaikan khutbah Jumaat manakala solat Jumaat telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Khirwan bin Said,  Penolong Ketua Imam Masjid Al-Khadijiah.

Turut hadir Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI, YBhg Dato’ Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Ismail, Pengerusi Masjid Al-Khadijiah dan YBhg Datuk Haji Ibrahim Bin Thambychik, Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

SJPH2 SJPH3
SJPH4 SJPH5
   
   
   

Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel