05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SURAUPUTRAJAYA 01

 

30 Julai 2016M / 25 Syawal 1437H (Sabtu) - JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau Al-Iman Presint 9 Putrajaya telah mengadakan Majlis Tautan Aidilfitri Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di perkarangan Surau Al-Iman, Jalan P9B1 Presint 9 Putrajaya.

Majlis yang bertemakan “Aidilfitri Dirai, Ukhwah Disantuni” ini diserikan dengan sajian pelbagai menu daripada 12 gerai Surau Jumaat Putrajaya dan antara menu yang menarik perhatian para pengunjung ialah kambing golek, sate, bakso dan durian.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan lagu-lagu raya oleh kumpulan nasyid Belia Al-Iman dan anak-anak kariah Surau Al-Iman. Pertandingan gerai tercantik turut diadakan yang mana gerai Surau Putra Al-Amin Presint 8 dinobatkan sebagai gerai terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh gerai Surau Al-Munawwarah Presint 5 manakala tempat ketiga dimenangi oleh gerai Surau Asy-Syakirin Presint 14. Para pengunjung di kalangan kanak-kanak juga menerima duit raya daripada pihak penganjur.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.

SURAUPUTRAJAYA 02 SURAUPUTRAJAYA 03
SURAUPUTRAJAYA 04 SURAUPUTRAJAYA 05
 SURAUPUTRAJAYA 06  SURAUPUTRAJAYA 07

  

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nazli Bin Yaacob. Teks oleh: Unit Pengurusan Masjid. 


Cetak   Emel