05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Al-Tabrani

1 Ogos 2016 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Tabrani, Ulu Klang, Kuala Lumpur bertempat di SRA Al-Tabrani, Lot 5104, Jalan 11/56, Ampang, Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur.

SRA Al-Tabrani adalah sebuah sekolah agama yang baru dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2015 di atas tanah milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Mac 2016 dengan bilangan murid 325 orang dan 11 orang tenaga pengajar. SRA tersebut mempunyai 24 kelas dan menampung maksima seramai 950 orang.

Perasmian ini merupakan satu medium kepada masyarakat untuk memaklumkan secara rasmi tentang projek pembangunan SRA yang telah dilaksanakan oleh JAWI dan MAIWP. Selain itu juga untuk mempertingkatkan modal insan yang cemerlang melalui sistem pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh JAWI serta memperlihatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan melalui bidang pendidikan.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Timbalan Pengerusi MAIWP, YBhg. Dato’ Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tabrani IMG 3397 Tabrani IMG 3414
Tabrani IMG 3450 Tabrani IMG 3431
Tabrani IMG 3459 Tabrani IMG 3465
Tabrani IMG 3542 Tabrani IMG 3511

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Zakaria


Cetak   Emel