05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga JAWI Beraya Bersama Bahagian Pengurusan Dakwah

 
rayabpd5

29 Julai 2016 | 24 Syawal 1437H – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya  bertempat di Tingkat 5, Kompleks Pusat Islam, JAWI pada 27 Julai 2016. Jamuan yang bermula pada jam 11.00 pagi ini telah melibatkan semua pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dengan upacara pemotongan pulut kuning. Turut hadir pada jamuan Hari Raya anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah ini ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian di JAWI serta jemputan-jemputan lain terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Antara menu yang disediakan ialah Gulai Kawah, serta mee dan bihun sup. Majlis jamuan Hari Raya Bahagian Pengurusan Dakwah telah berakhir pada jam 2.00 petang.  

 

rayabpd3 rayabpd
rayabpd1 rayabpd4
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel