05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pertama Di Malaysia: Perpustakaan Alam Maya

Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 1

 

28 Julai 2016M / 23 Syawal 1437H (Khamis) – Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Online Bibliografik Data Perpustakaan Masjid At-Taqwa TTDI KL bertempat di Dataran Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ia merupakan projek kali pertama seumpamanya di perpustakaan masjid di Malaysia melalui hasil inovasi dan inisiatif pengurusan pejabat serta ahli jawatankuasa masjid kariah.

Majlis penyerahan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Penyerahan data ini diserahkan sendiri oleh Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Prof Madya Dr Haji Mohd Sazili Shahibi. Turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Bin Mohamed Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa TTDI KL, Ustaz Hazman Bin Che Mohamad, Penyelaras Pusat Zon 6, Pensyarah dan kakitangan UiTM serta imam, bilal dan barisan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI KL.

Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 2 Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 3
Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 4 Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 5
 Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 6  Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 7
 Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 8 Projek Online Perpustakaan Masjid Pic 9
   

Disediakan oleh:

Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Diterbitkan oleh:

Baharudin Yahaya


Cetak   Emel