05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PRAPERKAHWINAN PERDANA BIL.1/2016

kursusprabil1-06

 

23 Julai 2016 - 24 Julai 2016M / 18-19 Syawal 1437H (Sabtu -Ahad)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju telah mengadakan Kursus Praperkahwinan Perdana Bil.1/2016.

 

 Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Kursus selama 2 hari berturut-turut ini dimulakan pada jam 9.00 pagi hari pertama dengan slot 1 dengan ceramah bertajuk Pengurusan Kesihatan dan Pengurusan Stress oleh Dr. Amaludin bin Abdurahman diikuti slot kedua dengan tajuk Aqidah & Ibadah oleh Ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdullah dan seterusnya slot ketiga pada sesi petang dengan tajuk Akhlak Hubungan Dalam Keluarga oleh Ustaz Hazman bin Hashim dan seterusnya slot keempat tajuk Perkahwinan dan Prosedur oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed.

 

Pada hari kedua slot kelima diteruskan dengan tajuk Komunikasi Suami Isteri dan Pengurusan Sumber Kewangan Keluarga oleh Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin dan slot diakhiri dengan tajuk Perkhidmatan Rundingcara dan Pembubaran Perkahwinan oleh Ustaz Abdullah bin Hashim. Program ini diteruskan sehingga 12.30 tengah hari dan berakhir dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

  

Program ini diadakan bagi membantu remaja dan bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga sebagai satu persediaan dalam menempuh alam rumahtangga yang akan dibina. Diharapkan segala ilmu yang mereka telah perolehi dapat diambil iktibar dan diaplikasikan dalam rumahtangga mereka. Selain itu,  ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Jabatan Agama Islam  dengan masyarakat setempat. Kursus yang julung kali ini disertai seramai 70 orang peserta.

kursusprabil1-07 kursusprabil1-03
kursusprabil1-01 kursusprabil1-04
kursusprabil1-02 kursusprabil1-05

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL


Cetak   Emel