05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Surau Al-Khir Kompleks Darul Kifayah Laksana Solat Jumaat

IMG 5299 

22 Julai 2016M/ 17 Syawal 1437H (Jumaat) – Surau al-Khir, Kompleks Darul Kifayah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakar  sejarah apabila mula melaksanakan solat Jumaat pertama pada 22 Julai 2016M bersamaan 17 Syawal 1437H yang lalu.

Beroperasi sebagai surau Jumaat dengan kelulusan daripada JAWI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, surau yang terletak di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves,  Kuala Lumpur ini sudah tentu mengembirakan ahli kariah berdekatan terutamanya para pelajar yang tinggal dalam kompleks tersebut. Ianya memberi kemudahan kepada mereka bagi menunaikan solat Jumaat.
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah hadir untuk menyampaikan khutbah Jumaat.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan  S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

 

 

IMG 5261  IMG 5338 28129 
 IMG 5319  IMG 5275 28129

Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel