05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jamuan Majlis Hari Raya Penguatkuasa

 

IMG 1767

 

 

22 Julai 2016 (JUMAAT) : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan oleh Bahagian Penguatkuasaan telah menerima kunjungan daripada Pengarah JAWI, Tuan Hj Paimuzi Bin Yahya, turut hadir Sohibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan serta Sohibul Samahah Che Mat bin Che Deraman, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu, majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad bersama Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Dr A. Bakar bin Sarpon.

Turut hadir adalah beberapa wakil jemputan dari agensi khas seperti Cawangan Khas Bukit Aman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, Akhbar Metro serta Balai Polis Chow Kit. Hadir sama memeriahkan majlis ini adalah semua Ketua Bahagian dan kakitangan JAWI, Kuala Lumpur serta JAWI Putrajaya.

Pelbagai juadah telah disediakan termasuk hidangan wajib iaitu kambing panggang dan disertai dengan hidangan durian yang didatangkan khas dari Tanjung Malim, Perak. Selain dari meraikan Majlis Hari Raya, ia juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan kakitangan JAWI serta agensi-agensi luar yang banyak membantu tugas Pegawai Penguatkuasa Agama seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.   

IMG 1747 IMG 1757
IMG 1773 IMG 1776
IMG 1779 IMG 1782
   
   

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Bahagian Penguatkuasaan JAWI

 

 

 


Cetak   Emel