05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tautan Silaturrahim Idul Fitri Zon 2 Meriah

S.A1

 

24 Julai 2016 (AHAD) : Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan Jamuan Raya Idul Fitri bertempat di Dewan Utama Masjid Salahuddin Al Ayyubi Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung mulai jam 2.00 petang itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran lebih 800 jemaah yang membanjiri Dewan Utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi.

Majlis dimulai ucapan aluan Pengerusi Masjid sesi baru, Datuk Roslan bin Madun.Di dalam ucapannya,beliau mengucapkan terima kasih kepada anak kariah di atas derma mereka sepanjang Ramadhan yang lalu dan baki derma tersebut diberi semula kepada anak kariah dalam bentuk jamuan Idul Fitri.

Majlis turut diceriakan dengan kehadiran YBhg Tuan Pengarah JAWI, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Yaakob bin Rahim pegawai-pegawai kanan JAWI serta pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Zon 2.

Majlis tersebut turut diadakan serahan kerusi roda kepada Masjid-masjid dan Surau Jumaat Zon 2, dan juga meraikan kepimpinan AJK  Masjid Salahuddin Al-Ayyubi yang lalu. Kanak-kanak bergembira di samping jamuan yang diadakan, pihak masjid juga turut menyumbang duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis berlangsung selama 3 jam itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan dari anak kariah .

 DSC0080 abe mat 3
 DSC0113 a
z d
q abe mat 6
   

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2

Bahagian Pengurusan Masjid JAWI


Cetak   Emel