05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Satu Orang, Satu Sirah

MSMM1

22 Julai 2016 (Jumaat) - Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Satu Orang, Satu Sirah. Program ini disampaikan oleh Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Rasyidi Bin Jamil, Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. Penyampaian dilakukan secara santai melalui tazkirah jumaat baru-baru ini dengan merujuk kitab sirah nabawiyah Al-Raheeq Al-Makhtum dan hampir 7000 jemaah yang hadir menunaikan solat jumaat pada tarikh tersebut telah sama-sama menghayati pengisian kitab tersebut.

Difahamkan, perkongsian tazkirah melalui kitab itu akan disampaikan kepada 6000 buah masjid utama di seluruh malaysia. Selain itu, Beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat jumaat pada hari tersebut.

MSMM2 MSMM3
   
   
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel