Majlis Perhimpunan Bulanan Kali ke-3 @ JAWI LABUAN
20 Julai 2016 (Rabu) : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan bertempat di Dewan Bunga Raya, Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis perhimpunan ini telah dihadiri lebih 190 orang kakitangan JAWI Labuan yang bertugas di pejabat, sekolah dan masjid. Acara telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan. Perhimpunan ini adalah bertujuan memupuk semangat cintakan organisasi dalam meningkatkan perkhidmatan JAWI kepada seluruh masyarakat Islam Labuan. Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan beliau menekankan tentang perlunya prestasi jabatan ditingkatkan sesuai dengan pertambahan sumber manusia yang berlaku di Jabatan Agama Islam W.P Labuan. Dalam usia kematangan JAWI Labuan yang berusia 25 tahun kemantapan dalam penyampaian perkhidmatan adalah kayu ukur kepada Jabatan ini dimata masyarakat Labuan. Semua kakitangan juga perlu melihat pencapaian cawangan masing-masing dan memaksimakan peranan serta melihat kehadapan dan tahu menggunakan peluang yang ada bagi memajukan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di W.P Labuan. Acara diakhiri dengan tayangan video Hari Raya JAWI Labuan. Foto dan Teks oleh : JAWI Labuan
|