05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Taklimat Dan Penyampaian Tauliah Pelantikan Imam Ratib Dan Pembantu Bilal Masjid/Surau Jumaat Wilayah Persekutuan

T1B1

14 Julai 2016 (Khamis) Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Taklimat dan Penyampaian Tauliah Pelantikan Imam Ratib dan Pembantu Bilal Masjid/Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis telah diadakan di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana Kuala Lumpur.

YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Paimuzi bin Yahya telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan amanat dan menyempurnakan penyampaian Tauliah Pelantikan ini. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi,  Tuan Haji Yaakob bin Abd Rahim,  Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid,Tuan Haji Jaafar bin Ismail, serta Penyelaras-Penyelaras Kanan Pusat Zon.

Melalui ucapan dan amanatnya YBhg Pengarah mengharapkan para Imam Ratib dan Pembantu Bilal agar dapat melaksanakan tugas yang mulia ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah.  Beliau menggesa supaya mereka sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran sebagai Imam dan Bilal. Mereka turut digesa untuk sama-sama membantu pihak JAWI memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan menjaga nama baik institusi masjid dan surau di kariah masing-masing.

Seramai 15 orang Imam Ratib dan 9 orang Pembantu Bilal yang bertugas di Masjid dan Surau Jumaat telah diberikan tauliah pelantikan rasmi yang berkuatkuatkuasa bermula 1 Julai 2016  hingga 30 Jun 2019. 

 

T1B2 T1B3
T1B4 T1B5
T1B6 T1B7


Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel