05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pengukuhan Integriti Pegawai Agensi-Agensi Agama Islam W.P. Labuan @ JAWI LABUAN

3

17 Julai 2016 (Ahad) – Jabatan Agama Islam W.P. Labuan telah bekerjasama dengan Agensi-agensi Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan Program Pengukuhan Integriti yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan . Agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran program tersebut adalah Jabatan Agama Islam W.P. Labuan, Pejabat Mufti W.P. Labuan, Majlis Agama Islam W.P. Labuan, Mahkamah Syariah W.P. Labuan dan Pusat Pungutan Zakat W.P. Labuan.

 

Objektif program tersebut adalah memberi kefahaman dan kesedaran terhadap pentingnya penghayatan integriti dalam urustadbir agar menjadi pemangkin kepada pegawai agensi agama untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi yang bertunjangkan kekuatan kerohanian.  Di samping itu, program tersebut juga diharapkan dapat memantapkan potensi modal insan dalam memartabatkan agensi-agensi agama melalui budaya etika dan integriti yang tinggi.

 

Ceramah bertajuk ‘Pengukuhan Integriti’ telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz pada program tersebut.

 1  2
 7  6
 5  4

Teks dan Foto Disediakan Oleh :

Cawangan Pendbiran, JAWI Labuan

 

 


Cetak   Emel