Satu Jam Bersama Al-Quran @ Ibn Abbas
30 JUN 2016 – Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Setapak telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada petugas Ramadhan dan asnaf bertempat di dewan solat masjid Ibn Abbas. Majlis yang dimulakan dengan majlis khatam al-Quran melibatkan seramai 40 orang Jemaah lelaki dan 40 orang Jemaah wanita.
Majlis diteruskan dengan doa khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada imam dan bilal tarawih, petugas Ramadhan, peserta khatam dan tadarus serta 6 orang asnaf. Dalam ucapan aluan pengerusi masjid Tuan Haji Shamsuddin bin Husain menyatakan bahawa majlis khatam ini julung kali diadakan dengan cara setiap peserta akan membaca al-Quran 1 juzuk setiap orang. Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan masyarakat yang minat membaca al-Quran.
Foto dan Teks Disediakan Oleh: Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 Bahagian Pengurusan Masjid JAWI |