05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Khatam Quran Beramai-Ramai

 
khatam2

30 Jun 2016 | 25 Ramadan 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Muhajirin dan Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Majlis Khatam Quran sempena bulan Ramadhan 1437H pada 28 Jun 2016. Program yang bermula jam 8.30 pagi itu telah disertai oleh pegawai dan kakitangan daripada bahagian-bahagian di JAWI dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Acara penyampaian hadiah Pertandingan Hafazan Doa Surah Yasin dan Doa Tahlil yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah turut diadakan. Pertandingan yang dijalankan pada 17 Jun 2016 tersebut telah dimenangi oleh Ustaz YM Tengku Nur Hasif bin R. Ab. Rashid dari Cawangan Kebajikan Saudara Baru bagi kategori lelaki manakala Ustazah Khairunnisa binti Bakri muncul pemenang bagi kategori wanita. Hadiah-hadiah dan cenderahati sempena Majlis Khatam Quran telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Yaakob bin Abdul Rahim.

 

khatam4 khatam3
khatam1 khatam
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel