05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ijtimak Guru Takmir Wilayah Persekutuan Dan Ramah Mesra Bersama Pengarah JAWI

ssatu

23 Jun 2016 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan program Ijtimak Guru Takmir Wilayah Persekutuan Dan Ramah Mesra Bersama Pengarah JAWI bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh  50 orang guru – guru takmir yang bertugas di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelaras maklumat daripada pihak jabatan kepada guru – guru takmir dan bertukar pandangan serta berkongsi idea bagi meningkatkan program pengimarahan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Di dalam ucapannya, beliau berhasrat agar guru takmir menjadi penceramah yang dapat mengharmonikan pemahaman agama Islam di dalam masyarakat dengan mengelakkan isu – isu khilaf yang boleh membawa kepada perpecahan di dalam masyarakat. Beliau juga berharap agar guru takmir menjadi penghubung di antara pihak jabatan dan masyarakat dengan menyampaikan maklumat – maklumat yang selari dengan dasar jabatan. Guru takmir juga disarankan agar berhati – hati di dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan bagi mengelakkan salah faham dan menyentuh isu – isu sensitif yang boleh menyinggung mana – mana  pihak tertentu.

Antara pengisian lain sempena program ini ialah sesi khas bersama Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid dan sesi perbincangan bersama Ustaz Mohd Hilmee bin Umar, Pegawai Takmir Wilayah Persekutuan. Turut hadir di dalam program ini ialah Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi dan Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid.

ddua ttiga
eempat llima
ttujuh lllapan
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel