05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Indahnya Ramadhan @ Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas

t2

18 Jun 2016 ( Sabtu )Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas Batu 4 Jalan Gombak dengan kerjasama Uda Holdings Berhad telah mengadakan Program  Indahnya Ramadhan 2016 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas.

Program Indahnya Ramadhan ini bermula pada seawal pukul 9.00 pagi dengan acara masak bubur lambuk bersama anak kariah serta dibantu oleh pelajar dari Asia Pasific University Bukit Jalil. Pengagihan bubur lambuk kepada masyarakat setempat selepas solat Asar yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Shafie Abdullah, Ketua Umno Wangsa Maju  merangkap Pengerusi Uda Holdings Berhad.

Pengagihan sumbangan zakat turut diberikan kepada 500 orang asnaf sekitar Wangsa Maju oleh Pengerusi Uda Holdings Berhad. Melalui pendekatan yang dijalankan oleh Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas dan Uda Holdings Berhad secara tidak langsung dapat menghubungkan silaturrahim serta melahirkan rasa gembira di kalangan asnaf. 

t3 t1
t7 t8
t4 t6
   
   

Teks dan Foto Disediakan Oleh :

Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2

Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI


Cetak   Emel