17 Jun 2016 (Jumaat) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan PROGRAM SOLAT TASBIH PERDANA pada 16 Jun 2016 bersamaan 11 Ramadhan 1437H di dewan solat Masjid Al-Muttaqin. Program yang julung-julung kali ini telah disertai seramai 105 orang muslimat dari kawasan sekitar. Acara ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi yang telah dimulakan dengan sesi tazkirah oleh Ustazah Zawiah Binti Hassan yang juga memimpin solat sunat tersebut. Antara intipati tazkirah beliau adalah ‘bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dimana semua umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah bagi meraih pahala yang luar biasa.’ Turut hadir dalam program tersebut ialah YM Datin Dr Hajah Raja Mazuin Binti Raja Abdul Aziz selaku AJK Biro Muslimah Dan Pelajaran Masjid Al-Muttaqin.
|