05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 Siri 2/2016

Kelas-Bacaan-Akta-siri-2-pic-1

 

13 April 2016 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 2/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai,Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian JAWI.

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 2/2016 telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. YAA telah menjelaskan Seksyen 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kebenaran berpoligami secara bertulis daripada mahkamah syariah wilayah persekutuan dan tatacara poligami di Wilayah Persekutuan

Kelas ini memberi banyak ilmu dan manfaat dari sudut undang-undang keluarga islamkepada pegawai-pegawai di JAWI, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ serta kakitangan BPPK kerana banyak kemusykilan dari sudut perundangan yang berlaku sewaktu menjalankan tugas dapat diselesaikan.

 

Kelas-Bacaan-Akta-siri-2-pic-2 Kelas-Bacaan-Akta-siri-2-pic-3
Kelas-Bacaan-Akta-siri-2-pic-4 Kelas-Bacaan-Akta-siri-2-pic-5
   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)


Cetak   Emel