20 Mei 2016 / 13 Syaaban 1437H (Jumaat)– Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan program Heart To Heart: ”Breakfast Talk Siri 1” di Bilik Mesyuarat JAWI Cawangan Putrajaya. Pihak penganjur telah menjemput Pencetus Ummah (PU) Razi sebagai penceramah. Program penerapan nilai-nilai Islam ini berlangsung selama 2 jam. Ianya dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dan kualiti para pegawai JAWI Cawangan Putrajaya sebagai penjawat awam yang menerajui hal ehwal pentadbiran agama Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dengan bermatlamatkan “Memperkasakan Dalaman, Mempromosikan Luaran”, program seumpama ini dijangka dapat menyuntik semangat warga JAWI Cawangan Putrajaya untuk lebih mengutamakan amanah yang terpikul bagi melahirkan penjawat awam yang cekap, berintegriti dan berkualiti. Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya. Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pentadbiran. |