05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Haflah Tadarus Al-Quran"Bersama Membudayakan Al-Quran Dalam kehidupan Seharian" Anjuran Zon 4

6 

 

 

23 MEI 2016 ( Isnin )-  Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu  Program Haflah Tadarus Al-Quran Peringkat Masjid Al-Akram  yang dibarisi oleh peserta qari dan qariah emas & cilik,  bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram pada 20 Mei 2016.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini, di mana sesi saringan telah dijalankan pada hari Rabu 18 Mei 2016 bagi kategori qari dan qariah cilik. Manakala saringan bagi kategori qari dan qariah emas pula dijalankan pada sebelah petang jumaat yang berakhir jam 6.00 petang.

Seramai  11 orang finalis telah terpilih bagi kedua-dua kategori tersebut dan semua finalis memperdengarkan bacaan masing-masing dengan penuh semangat.

Seramai 400 orang anak kariah hadir bagi bersama-sama di dalam program ini. Hasil dari program ini, di harap agar semua jemaah dapat bersama-sama membudayakan al-quran dalam kehidupan seharian dalam pelbagai sudut .

Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg.Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel