05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“ Sudah-Sudahlah Dibuai Lena! ” Forum Kembara Israk Mi’raj : Manifestasi Hakikat Dunia

banner

5 Mei 2016 (Isnin)Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menganjurkan Forum Kembara Israk Mi’raj : Manifestasi Hakikat Dunia bertempat di Dewan Al-Khattab MSUA pada 5 Mei 2016 (Khamis) yang lalu. Forum tersebut dikendalikan oleh Y.Bhg. Ust. Mohd Radhi Abd Ghani selaku ‘Moderator’ dan dimantapkan oleh   2 orang ‘Panel Penceramah’ iaitu Y.Bhg. Ust. Dr. Mohd Rahmat Abdullah serta Y.Bhg. Ust. Dato’ Mohd Zawawi Yusoh. Majlis bermula pada jam 7.50 malam dan telah mencatatkan kehadiran seramai 230 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam.

 

            Kejayaan penganjuran majlis ini merupakan hasil usaha dan hubungan erat di antara seluruh Jawatankuasa MSUA serta Pegawai-Pegawai Pejabat Pentadbiran Zon 6 JAWI. Secara keseluruhannya intipati pengisian forum kali ini telah berjaya membuka minda para jamaah yang hadir dengan peringatan-peringatan penting antaranya ialah perkaitan Masjidil Aqsa dan isu dunia Islam. Panel forum menjelaskan bahawa peristiwa Israk Mi’raj menggambarkan bahawa usaha mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili usaha mempertahankan Islam itu sendiri. Setiap umat Islam dari seluruh ceruk bumi wajib melaksanakannya dengan apa cara sekali pun. Kecuaian mempertahan dan membebaskan Palestin merupakan kecuaian terhadap Islam. Ia merupakan jenayah yang akan dihukum oleh Allah s.w.t kepada setiap orang beriman dengan Allah dan rasul-Nya.

 

1aa1bb
1dd1cc
   
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab,
Pusat Zon 6,
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel