Karnival Pemeriksaan Kesihatan Anjuran Masjid Saidina Hamzah Dengan Kerjasama Panel Klinik Kesihatan Batu
14 Mei 2016 (Sabtu) – Masjid Saidina Hamzah telah mengadakan Karnival Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama Panel Klinik Kesihatan Batu di Dewan Solat Utama dan ruang legar Masjid Saidina Hamzah Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur. Program ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan tamat pukul 12.30 tengahari. Beberapa acara telah diadakan pada karnival ini iaitu Tadarus Al-quran, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan Hijamah(bekam), memanah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Objektif Karnival ini diadakan adalah seperti berikut :
Karnival ini mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran lebih 300 pengunjung dari kalangan kanak-kanak, remaja dan warga emas.
Disediakan oleh: Masjid Saidina Hamzah Pusat Zon 1 Bahagian Pengurusan Masjid |
Jumlah paparan: 2220