Celik Faraid @ Amru Al Ass
07 Mei 2016 (Sabtu) – Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul dengan kerjasama Wasiyyah Shoppe telah menganjurkan Bengkel Faraid Dan Pengurusan Harta Pusaka sebagai usaha memberi kefahaman dan kesedaran pentingnya harta diuruskan dengan bijak dan sempurna.
Ceramah separuh hari yang dijalankan di dewan masjid ini telah menarik minat 70 orang peserta terdiri daripada anak kariah. Objektif bengkel bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan harta pusaka serta penyelesaiannya menurut perspektif Islam.
Teks oleh: Masjid Amru Ibni Al Ass |
Jumlah paparan: 2100