05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengukuhan Sinergisme Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2016

KPSP1

26 – 28 April 2016 (Selasa - Khamis) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengukuhan Sinergisme bagi para pegawai bahagian ini bertempat di Kapas Island Resort, Pulau Kapas Terengganu. Kursus selama tiga hari dari 26 hingga 28 April 2016 ini melibatkan seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional gred S44 dan S41.

Objektif kursus ini adalah untuk mengukuhkan sinergisme atau kerjasama di antara para pegawai Bahagian ini yang bertugas di Pusat Zon dan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menangani sebarang isu mahupun masalah yang timbul. Selain itu, kursus yang dijalankan ini juga bertujuan untuk meningkatkan disiplin, komitmen dan kesedaran tentang amanah yang dipikul oleh para peserta sebagai pegawai Bahagian Pengurusan Masjid.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para peserta ialah Jungle Trekking: Important Mission, di mana para peserta yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan diamanahkan untuk membawa dua barang berharga sambil mengharungi perjalanan yang sangat mencabar selama lebih 2 jam. Manakala dalam Team Building Games, para peserta telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti Pindah Pulau, Tingkap Maut, Perjalanan Membawa Barang Berharga dan Isi Sampai Penuh yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama, kreativiti dan kesungguhan setiap ahli kumpulan.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid yang telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai menghargai komitmen yang mereka tunjukkan sepanjang kursus dijalankan.

KPSP2 KPSP3
KPSP4 KPSP5
KPSP6 KPSP7
KPSP8 KPSP9
KPSP10 KPSP11

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel