05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

IMG 2146

 

22 April 2016 (Jumaat) - Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji Bersiri 2016.

Majlis ini telah dapat mengumpul peserta yang  terdiri dari kalangan remaja,belia dan warga emas yang berumur 18 tahun sehingga 80 tahun dari Parlimen Setiawangsa,Wangsa Maju dan Titiwangsa seramai 700 orang peserta.

Penceramah kursus haji bersiri ini merupakan penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hasnil bin  Abu Bakar. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada remaja , belia dan warga emas tentang menunaikan  Ibadah Haji . Seramai 20 orang peserta  yang telah mendapat tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini Adalah.menjadi harapan pihak penganjur supaya remaja , belia dan warga emas yang mengikuti Kursus Asas Haji ini akan mendekatkan diri kepada Institusi masjid supaya menjadikan masjid sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu.

Majlis perasmian  penutup dan sumbangan telah di sempurnakn oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa .Wakil dari Tabung haji ialah Hajah Zaiton Bt Mohd Yussof Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Hj Mohd Johan b Mohd Noh,pengarah Tabung Haji Putrajaya.

IMG 2144 IMG 2145
IMG 2150 IMG 2152
   

Disediakan Oleh:

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel