05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘Bedah kitab’ Celik Minda Anjuran Pusat Zon 4

 
IMG 2305

25 April 2016 (Isnin) – Pusat Pentadbiran Zon 4 JAWI dengan kerjasama Masjid Muadz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa telah mengadakan program bedah kitab bertajuk ‘Ahlu As-Sunnah Wal-Jamaah, adalah golongan yang terselamat’. Program selepas solat fardu Maghrub ini merupakan program celik minda yang julung kalinya diadakan pada 23 April 2016 .Pembentangan bagi sesi bedah buku dibimbing oleh penceramah ,Ustaz Mohd Mustakim bin Mohamood @ Fauzi, Pegawai Hal Ehwal Islam,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kupasan dan syarahan mengambil rujukan lebih 5 buah kitab  amat bermakna bagi mengenali golongan yang tergelincir dari landasan Aqidah Islam seperti golongan Muktazilah,Jabariah dan Qadariah.Sesi soal jawab juga dibuka kepada para Jemaah. Penceramah juga memberi nasihat supaya sentiasa berwaspada dari golongan ini disebabkan kecelaruan mereka memahami pegangan Aqidah Islam yang unggul.

Dianggarkan lebih 400 orang muslimin muslimat memenuhi ruang solat utama MMBJ hadir menghayati kupasan ilmiah yang disampaikan oleh penceramah.  

IMG 2308 IMG 2309
IMG 2310 IMG 2314
   


Disediakan Oleh:

Masjid Muadz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa,
Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel