05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SRA al-Furqan Johan Peringkat Zon 7

 

 

16 April 2016 (Sabtu) – SRA an-Najah dinobat sebagai juara Keseluruhan Ihtifal Peringkat Zon 7 Wilayah Persekutuan Putrajaya tahun 2016. Ihtifal tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) merupakan program terakhir ihtifal di peringkat zon anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Seramai 400 murid SRA dan KAFA telah menyertai ihtifal tersebut melalui acara-acara yang dipertandingkan antaranya Tilawah  Al-Quran, Hafazan,  Penulisan Jawi , Khat,Syarahan Bahasa Melayu dan Nasyid.  Acara Syarahan Bahasa Arab merupakan acara baharu yang dipertandingkan pada tahun 2016.

Pendidikan yang seimbang antara akademik dan ko-kurikulum menjadi satu indikator penting kepada kejayaan sesaorang murid. Melalui program ihtifal ini bukan sahaja bakat, kemahiran dan keberanian dapat digilap, tetapi pembinaan sakhsiyah yang mantap serta keyakinan terhadap diri sendiri dapat dibina. Inilah bekalan kepada mereka sebagai pewaris generasi akan datang yang bakal menentu corak dan hala tuju kepimpinan sesebuah negara.

Keputusan lain ialah tempat kedua ihtifal SRA dan KAFA peringkat zon 7 ialah SRA al-Najah dan di tempat ketiga disandang oleh KAFA Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1).

 
   
 

Cetak   Emel