05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Selangkah Ke Alam Barzakh

SKAB2

24 APRIL 2016 (AHAD) - Masjid Saidina Ali K.W dan Persatuan Khairat Kematian Masyarakat Kg. Padang Balang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah. (Selangkah Ke Alam Barzakh). Antara pengisian kursus tersebut ialah ceramah Pengurusan Jenazah yang di sampaikan oleh Ybhg. Ustaz Rosly bin Omar dari Cawangan Kebajikan Islam Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi disertai seramai 100 orang anak kariah yang terdiri lelaki dan wanita. Kursus Pengurusan jenazah ini  di adakan adalah untuk :-

Memberi kursus kepada  para peserta tentang tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah lelaki dan wanita disamping mencari pelapis baharu dalam pengurusan jenazah.

Memberi kursus kepada para belia tentang pengurusan jenazah seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.

Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian dan memberi kursus secara praktikal kepada para peserta.

SKAB1 SKAB3
SKAB4 SKAB5
   
   
   

 

Disediakan Oleh:
Masjid Saidina Ali K.W
Kampung Padang Balang Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel