05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 Siri 2

 
TAPR1

 

4-5 April 2016 (Isnin & Selasa), 11-12 April 2016 (Isnin & Selasa),  18-19 April 2016 (Isnin & Selasa)  – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Bagi Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 untuk siri yang kedua, bertempat di enam buah masjid terpilih di Kuala Lumpur.

Kursus bagi siri kedua ini bermula di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong pada 4 April 2016, kemudian di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati Setapak pada 5 April, Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri Cheras pada 11 April, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada 12 April, Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan pada 18 April, dan berakhir di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 19 April 2016.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan para imam terutamanya dari aspek lagu tarannum agar bacaan mereka akan dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke masjid. Sehubungan itu, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi bacaan Al-Quran bersama empat orang fasilitator untuk membantu dalam memantapkan lagi bacaan mereka. Fasilitator yang terlibat ialah Us.Hassan Al-Fadhli bin Abd Rahman, Us.Khalid bin Isa, Us. Mohamad Nor bin Ahmad dan Us.Muadzeen bin Ackil yang merupakan qari-qari yang sudah dikenali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan dan menyatakan minat untuk terus mengikutinya pada siri-siri yang akan datang. Kursus ini akan diteruskan untuk 3 siri lagi yang akan diadakan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. 

 

TAPR2 TAPR3
TAPR4 TAPR5
TAPR6

TAPR7


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

 

 


Cetak   Emel