05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja JAWI ke Pejabat Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan

 

mahkamah 6 

15 April 2016M / 7 Rejab 1437H (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Lawatan kerja ke Pejabat Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Delegasi dari JAWI yang diketuai oleh Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI ini disertai oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, ketua-ketua bahagian serta  wakil dari bahagian-bahagian yang banyak terlibat dengan urusan di Mahkamah Syariah iaitu Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pendakwaan dan Bahagian Dakwah (Unit Saudara Baru).

Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad bin Ibrahim dan pihak pejabat Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan sangat mengalu-alukan kedatangan delegasi dari JAWI bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perundangan dan kehakiman selain daripada membina hubungan baik antara pihak JAWI dengan Mahkamah Syariah.

Perbincangan antara delegasi JAWI dengan Mahkamah Syariah ini berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Banyak perkara berkaitan isu-isu perkahwinan, penguatkuasaan, pendakwaan serta dakwah dapat dibincangkan dan diselaraskan. Perkara-perkara berbangkit yang memerlukan kepada perbincangan lanjut akan dibincangkan dalam satu bengkel khas pada masa akan datang.

Diharapkan agar lawatan kerja yang dilaksanakan ini memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dan hasrat untuk memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan akan terlaksana.

 

mahkamah 5  mahkamah 4
 mahkamah 3  mahkamah 2
   

Disediakan oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga


Cetak   Emel