05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kakitangan UKM Mendalami Ilmu ‘Tajhiz’ Jenazah

 
jenazahukm12

20 April 2016M | 12 Rejab 1437H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama J/Kuasa Masjid Kampus UKM, Bangi pada 19 dan 20 April 2016. Kursus yang diadakan selama 2 hari melibatkan kakitangan UKM daripada pelbagai Jabatan dan Fakulti. Kursus yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ceramah dan teori pada sebelah pagi dan sesi praktikal pada sebelah petang telah berjaya menarik penyertaan seramai 200 orang kakitangan UKM.

Kursus pengurusan jenazah ini telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Nor Azman bin Abd. Ghani daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan YBhg. Ustazah Ruzeeta binti Saad daripada Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dibantu oleh fasilitator-fasilitator terdiri daripada kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah. Wakil J/Kuasa Masjid Kampus UKM, Ustazah Nushri Fariha amat berpuas hati dengan penganjuran kursus pengurusan jenazah ini dan berharap untuk menganjurkan kursus lanjutan pengurusan jenazah bagi memantapkan lagi ilmu fardhu kifayah ini di kalangan kakitangan UKM.

 

jenazahukm2 jenazahukm3
jenazahukm6 jenazahukm15
 jenazahukm9  jenazahukm5


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel